
Pengenalan Syarikat
Our company
Semarak Technology Sdn. Bhd di kenali juga sebagai “semaraktech” adalah sebuah syarikat bumiputera melayu berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2018.
Aktiviti utama syarikat adalah menjalankan perniagaaan sebagai pembekal barangan-barangan esklusif yang terdiri daripada barangan elektronik seperti telefon bimbit, tablet, computer riba dan set permainan. Selain daripada itu, turut membekalkan kelengkapan barang rumah seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, penyaman udara dan lain-lain. Perkhidmatan pembangunan laman sesawang dan korporat label juga turut menjadi salah satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakan niaga.
Barangan yang dibekalkan adalah barangan pengguna yang menjadi keperluan kepada setiap individu untuk memilikinya. Semarak Technology Sdn. Bhd merupakan pengedar sah barangan Samsung, Apple, Huawei, Oppo, Vivo, Xiaomi, Asus dan Dell untuk barangan elektronik. Manakala untuk barangan rumah terdiri daripada jenama Samsung, Panasonic dan Sharp.
Semarak Technology Sdn. Bhd akan menyediakan barangan yang diperlukan oleh individu dengan perkhidmatan yang memuaskan hati dan berkualiti tinggi untuk menjamin kepuasan hati pengguna. Kegiataan perniagaan akan dijalankan melalui jualan lansung kepada rakan niaga, jualan atas talian melalui laman sesawang dan media sosial.
Semarak Technology Sdn. Bhd, merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan barangan pengguna yang bermutu. Menyediakan pelbagai pilihan barangan kepada individu untuk membuat pilihan bijak. Membantu mempermudahkan urusan belian dan memastikan jualan mendapat kepuasan hati pengguna.